KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 2 OCTOBER 2025 – The Ministry of Defence has successfully concluded its participation in the 4th ASEAN Cyber Defence Network (ACDN) Meeting, held in conjunction with Cyber Defence & Security Asia (CyberDSA) 2025 in Kuala Lumpur from 29 September to 2 October 2025. The delegation was led by Colonel (U) Zainolhizad bin Hj Mohd Zain, the Head of Cyber Defence Unit, JFHQ.
The ACDN, an initiative first introduced by Malaysia in 2021 under the ASEAN Defence Ministers' Meeting (ADMM) framework, serves as a key platform to enhance regional cooperation in cyber defence. This year's meeting brought together ASEAN Member States to discuss on strengthening cyber resilience, advancing collaborative mechanisms, and addressing emerging cyber threats that continue to challenge the region's stability and security.
In parallel, CyberDSA 2025 gathered international experts, industry leaders, and policy makers to showcase the latest technological advancements and solutions in cyber defence and security. The conference and exhibition provided opportunities for the RBAF delegates to engage with regional and global partners, fostering knowledge exchange and strengthening defence cooperation.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 2 OKTOBER 2025 – Kementerian Pertahanan telah selesai menyertai Mesyuarat Ke-4 ASEAN Cyber Defence Network (ACDN), yang diadakan bersempena dengan Cyber Defence & Security Asia (CyberDSA) 2025 di Kuala Lumpur dari 29 September hingga 2 Oktober 2025. Mengetuai rombongan bagi mesyuarat tersebut adalah Kolonel (U) Zainolhizad bin Hj Mohd Zain, Ketua Unit Pertahanan Siber, MAB.
ACDN, satu inisiatif yang pertama kali diperkenalkan oleh Malaysia pada tahun 2021 di bawah rangka kerja Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), berperanan sebagai platform utama untuk meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang pertahanan siber. Mesyuarat tahun ini mengumpulkan negara-negara ASEAN bagi membincangkan pengukuhan ketahanan siber, memperkasa mekanisme kerjasama, serta menangani ancaman siber baharu yang terus mencabar kestabilan dan keselamatan serantau.
Selari dengan itu, CyberDSA 2025 telah menghimpunkan pakar antarabangsa, peneraju industri, dan pembuat dasar bagi mempamerkan kemajuan teknologi serta penyelesaian terkini dalam pertahanan dan keselamatan siber. Persidangan dan pameran tersebut memberikan peluang kepada delegasi ABDB untuk berinteraksi dengan rakan serantau dan global, sekaligus menggalakkan pertukaran pengetahuan serta memperkukuhkan kerjasama pertahanan.




