TUNGKU, Wednesday, 15 October 2025 – A two-day Incident Command System 100 (ICS-100) course successfully concluded at the CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre (MPTC). The course, conducted from 14 to 15 October, served as a continuation of the earlier National Standard Operating Procedure (NaSOP) course held this month.
The ICS-100 course forms part of the ongoing preparations for Exercise Perisai Kebangsaan (EPK) 05/2024–25, under the Exercise Executive Secretariat (EES). It was designed to provide the basic knowledge of the ICS, which underpins effective coordination among multiple agencies and private sector partners during emergencies and national crises.
The training was delivered by Lieutenant Colonel (Retired) Mohamad Sallehin bin Mohamad Taib, Emergency/Disaster Management Program Manager and Chief Instructor at CAE MPTC. Through lectures and interactive discussions, participants developed a clearer understanding of command roles, operational planning, and communication protocols within the ICS framework.
Representing the Joint Force Headquarters, Lieutenant Commander Muhammad Hakim bin Haji Basman, RBN, Staff Officer Grade 2 Doctrine (Maritime) from the Joint Doctrine Warfare Centre, was among the course participants, alongside representatives from various national agencies. The conduct of the course reflects continued commitment to strengthening inter-agency coordination and building a more unified and effective national response capability.

TUNGKU, Rabu, 15 Oktober 2025 – Kursus Incident Command System 100 (ICS-100) selama dua hari dengan jaya dilaksanakan di CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre (MPTC) dari 14 hingga 15 Oktober 2025. Kursus ini merupakan kesinambungan daripada Kursus National Standard Operating Procedure (NaSOP) yang telah diadakan sebelum ini.
Kursus ICS-100 adalah sebahagian daripada persediaan bagi Eksesais Perisai Kebangsaan (EPK) 05/2024–25 di bawah Exercise Executive Secretariat (EES). Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai struktur dan konsep ICS, bagi meningkatkan kefahaman serta penyelarasan antara agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dalam menangani situasi kecemasan dan bencana.
Sesi pembelajaran telah disampaikan oleh Leftenan Kolonel (Bersara) Mohamad Sallehin bin Mohamad Taib, Pengurus Program & Ketua Pengajar Pengurusan Kecemasan/Bencana di CAE MPTC. Melalui sesi pembelajaran dan perbincangan interaktif, para peserta telah didedahkan kepada asas peranan dalam sistem arahan, perancangan operasi serta kaedah komunikasi yang digunakan semasa pengurusan insiden.
Antara yang turut menyertai kursus ini ialah Leftenan Komander Muhammad Hakim bin Haji Basman, TLDB, Timbalan Pegawai Turus Doktrin (Maritim), Pusat Doktrin Peperangan Bersama, mewakili Markas Angkatan Bersama, bersama peserta daripada pelbagai agensi kebangsaan. Kursus ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh penyelarasan antara agensi serta membina keupayaan tindak balas kebangsaan yang lebih padu dan berkesan.


