TUNGKU, Tuesday, 07 October 2025 – The National Standard Operating Procedure (NaSOP) course was successfully conducted at the CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre (MPTC) as part of the preparation for the upcoming Exercise Perisai Kebangsaan (EPK) 05/2024 - 2025.
The course is one of the initiatives under the Exercise Executive Secretariat (EES) for EPK, aimed at providing a general understanding of the government's organisational structure involved in disaster response and management in Brunei Darussalam, based on the NaSOP framework.
The lesson was delivered by Pengiran Haji Shaharuddin bin Pengiran Haji Metali, Emergency Management Instructor at CAE MPTC, and attended by participants from various national agencies, including Lieutenant Commander Muhammad Hakim bin Haji Basman, RBN, Staff Officer Grade 2 Doctrine (Maritime), Joint Doctrine Warfare Centre representing the Joint Force Headquarters.
This training serves to strengthen inter-agency coordination and understanding in enhancing national preparedness and effective response to emergencies and disasters.

PEGAWAI DARI ANGKATAN BERSAMA MENYERTAI KURSUS NATIONAL STANDARD OPERATING PROCEDURE
TUNGKU, Selasa, 07 Oktober 2025 – Kursus National Standard Operating Procedure (NaSOP) telah berjaya dilaksanakan di CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre (MPTC) sebagai sebahagian daripada persiapan menuju Eksesais Perisai Kebangsaan (EPK) 05/2024–25.
Kursus ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Exercise Executive Secretariat (EES) bagi EPK yang bertujuan untuk memberikan pemahaman umum mengenai struktur organisasi kerajaan yang terlibat dalam tindak balas dan pengurusan bencana di Negara Brunei Darussalam berdasarkan rangka kerja NaSOP.
Sesi pengajaran telah disampaikan oleh Pengiran Haji Shaharuddin bin Pengiran Haji Metali, Jurulatih Pengurusan Kecemasan di CAE MPTC, dan dihadiri oleh peserta dari pelbagai agensi kebangsaan termasuk Leftenan Komander Muhammad Hakim bin Haji Basman, TLDB, Timbalan Pegawai Turus Doktrin (Maritim), Pusat Doktrin dan Peperangan Bersama, yang mewakili Markas Angkatan Bersama.
Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh koordinasi dan kefahaman antara agensi dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan negara serta tindak balas yang berkesan terhadap kecemasan dan bencana.

