Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES ENHANCE OPERATIONAL READINESS THROUGH FIELD TRAINING EXERCISE AT SHOAS BRIDGE

BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 18 October 2025 - Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) concluded a pivotal joint exercise in preparation for the Brunei Half Marathon 2025 on the upcoming 30 November 2025. Central to this preparation was a rigorous one-day Field Training Exercise (FTX) conducted at the Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) Bridge. This exercise brought together all RBAF units along with key security agencies that had participated in the Table-Top Exercise conducted earlier this month at the Community Hub, Hassanal Bolkiah National Stadium, highlighting the crucial role of each unit, operational readiness, and ensuring the smooth execution of the upcoming Marathon.

Present on the ground during the exercise was Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Minister of Culture, Youth and Sports, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of RBAF and Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Permanent Secretary of the Ministry of Culture, Youth and Sports. The FTX operations was fully centralised along the SHOAS Bridge to simulate the actual event taken place on the bridge and Brunei Bay where all components are deployed. Components involved are from security agencies including the Royal Brunei Police Force, Fire Department, Emergency Medical Ambulance Service, Brunei Bridge Authority and other contracted assistance. The FTX acted as a crucial venue for translating theoretical planning into practical application aimed to improve decision-making, inter-agency collaboration, and communication efficiency in a realistic operational setting.

The conduct of the FTX demonstrates the RBAF's steadfast dedication to a 'Whole-of Government Approach'. By promoting seamless cooperation between the RBAF and other security agencies, the exercise successfully uncovered exercise challenges while cultivating resilient and committed frontliners devoted to ensure the safety and protection of the people involved in the event and Brunei's infrastructures.

 

 

 

 

 

ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TINGKATKAN KESIAPSIAGAAN OPERASI MELALUI LATIHAN FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) DI JAMBATAN SHOAS

 BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Oktober 2025 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah melaksanakan latihan bersepadu bagi persiapan The Brunei Half Marathon 2025 yang akan diadakan pada 30 November 2025. Fokus utama latihan adalah Field Training Exercise (FTX) yang dijalankan selama satu hari di Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS). Latihan ini menggabungkan semua unit ABDB bersama agensi-agensi keselamatan yang sebelum ini terlibat dalam Table-Top Exercise pada awal bulan ini di Komuniti Hub, Stadium Negara Hassanal Bolkiah dengan menekankan peranan penting setiap unit, tahap kesiapsiagaan operasi, dan memastikan kelancaran pelaksanaan Marathon yang akan datang.

Turut hadir menyaksikan latihan secara dekat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB and Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Latihan FTX beroperasi sepenuhnya di sepanjang Jambatan SHOAS dan perairan Teluk Brunei untuk menggambarkan acara sebenar yang akan berlangsung di Bandar Seri Begawan, di mana semua komponen telah dikerahkan. Agensi keselamatan yang terlibat termasuk Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perkhidmatan Kecemasan Ambulans Perubatan, Brunei Bridge Authority dan bantuan agensi yang lain. Latihan FTX ini berfungsi sebagai platform penting untuk menterjemahkan perancangan teori ke dalam latihan secara praktikal yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dalam membuat keputusan, kerjasama antara agensi, dan keberkesanan komunikasi dalam persekitaran operasi yang realistik.

Perlaksanaan latihan FTX ini menunjukkan komitmen teguh ABDB terhadap pendekatan 'Whole-of-Government Approach'. Dengan menggalakkan kerjasama bersepadu di antara ABDB dan agensi keselamatan yang terlibat, latihan FTX telah berjaya mengenal pasti cabaran sepanjang latihan serta membina satu barisan hadapan berdedikasi untuk memastikan keselamatan dan perlindungan orang ramai yang terlibat dalam acara tersebut serta infrastruktur Negara.