BOLKIAH GARRISON, Thursday, 30 October 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the United States Navy (USN) officially concluded the 31st iteration of Cooperation Afloat Readiness and Training 2025 (CARAT 31/2025) today with a closing ceremony held at the Wira Seni Concert Hall, RBAF Band Building, Bolkiah Garrison. The eight-day programme, conducted from 23 to 30 October 2025, marked another milestone in the longstanding defence cooperation between both armed forces.
During the ceremony, closing addresses were delivered by Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander RBAF and Commander Andrew J. Recame, Commanding Officer, USS Cincinnati. In their remarks, both highlighted the enduring partnership between Brunei Darussalam and the United States. The Joint Force Commander RBAF further highlighted that the exercise supports Brunei’s strategic defence priorities outlined in the Defence White Paper 2021 and Wawasan Brunei 2035, while reflecting shared values of cooperation, mutual respect, and a common commitment to a safer region.
Also, in attendance to witness the ceremony was Her Excellency Ambassador Caryn R. McClelland, the US Ambassador to Brunei Darussalam, as well as exercise participants from both armed forces.
The 31st CARAT Exercise has successfully conducted a diverse range of activities, including Subject Matter Expert Exchange programs, Medical Exchanges, Legal Symposium, Maritime Domain Awareness, Cyber and Communications Training, Force Protection Training, Explosive Ordinance Disposal, Port Security Exchanges, Media Relations Exchanges, Staff Exercise, community outreach initiatives, as well as a public performance at One City Shopping Centre, Brunei Muara District. The successful completion of this exercise underscores the shared commitment of the RBAF and USN to advancing maritime security and strengthening regional stability.

BOLKIAH GARISON, Khamis, 30 Oktober 2025 – Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training yang ke-31 bagi tahun 2025 (CARAT 31/2025) diantara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) telah berakhir hari ini dengan Majlis Penutup yang diadakan di Dewan Konsert Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison. Program selama lapan hari yang diadakan dari 23 hingga 30 Oktober 2025 ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin diantara kedua-dua angkatan tentera.
Semasa majlis tersebut, ucapan penutup telah disampaikan oleh Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dan Commander Andrew J. Recame, Commanding Officer, USS Cincinnati. Dalam ucapan mereka, kedua-duanya menekankan hubungan pertahanan yang kukuh dan berterusan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat. Pemerintah Angkatan Bersama ABDB turut menyatakan bahawa latihan ini menyokong keutamaan strategik pertahanan Brunei seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021 dan Wawasan Brunei 2035, di samping mencerminkan kerjasama dan komitmen kedua-dua pihak terhadap keselamatan serantau.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Puan Yang Terutama Caryn R. McClelland, Duta Amerika Syarikat di Brunei Darussalam, bersama peserta eksesais dari kedua-dua buah Angkatan Tentera.
Eksesais CARAT kali ke-31 ini telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang merangkumi Subject Matter Expert Exchanges, Simposium Undang-Undang, Maritime Domain Awareness, Latihan Siber dan Komunikasi, Latihan Force Protection, Explosive Ordinance Disposal, Port Security, Pertukaran Perhubungan Media dan Staff Exercise. Selain itu, inisiatif komuniti masyarakat juga telah diadakan di Persatuan Orang-Orang Cacat Berkerusi Roda dan Orang-Orang Cacat Anggota serta persembahan awam di Kompleks Membeli-belah One City, Daerah Brunei Muara. Kejayaan penganjuran latihan ini sekali lagi membuktikan komitmen bersama ABDB dan TLAS dalam mempertingkatkan keselamatan maritim serta memperkukuh kestabilan di rantau ini.















