REPUBLIC OF SINGAPORE, Thursday, 30 Oktober 2025 – Two officers from Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the Top Table Exercise (TTX) for Exercise Coordinated Response (Ex COORES) 2025. The exercise was held for three days at the Grand Copthorne Waterfront Hotel, Republic of Singapore from 28th to 30th October 2025. Ex COORES 2025 is a multinational Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) exercise co-organised by the Changi Regional Humanitarian Coordination Centre (RHCC), the US Indo-Pacific Command's Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DM), and the Vietnam National Steering Committee for Civil Defense (VINASARCOM).
A total of 76 officers from military organisations and public services agencies from invited nations participated in this exercise. Representative from RBAF were Major (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail and Major Khairul Azme bin Haji Mohidi.
The key highlights of the exercise include academic presentations and focus group discussions from the participating organisations on key HADR topics such as Typhoon YAGI by VINASARCOM, the Multi National Coordination Centre (MNCC) standard operating procedures (SOP) and its concept of operations (CONOPs), and Singapore Civil Defence Forces' (SCDF's) operational sharing on Urban Search and Rescue (USAR). This exercise allows cross-sharing of knowledge and experience among participants, before transiting to the TTX.
The exercise aims to facilitate collaboration among participants from military organisations, government and public services agencies in the TTX platform, emphasising coordination and response in large-scale disaster scenarios. This initiative not only enhanced the ability to coordinate effectively but also strengthened the bonds between the participating nations and organisations especially RBAF and its international partners in supporting HADR.

REPUBLIK SINGAPURA, Khamis, 30 Oktober 2025 - Dua pegawai daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Top Table Exercise (TTX) bagi Eksesais Coordinated Response (Ex COORES) 2025. Latihan ini telah diadakan selama tiga hari di Grand Copthorne Waterfront Hotel, Republik Singapura dari 28 hingga 30 Oktober 2025. Ex COORES 2025 adalah latihan bantuan kemanusiaan dan bencana antarabangsa yang dianjurkan bersama oleh Changi Regional Humanitarian Coordination Centre (RHCC), Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DM) daripada US Indo-Pacific Command serta Vietnam National Steering Committee for Civil Defense (VINASARCOM).
Seramai 76 pegawai dari Angkatan-angkatan tentera dan agensi perkhidmatan awam dari pelbagai negara yang dijemput telah menyertai latihan tersebut. Hadir selaku wakil daripada ABDB adalah Mejar (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail dan Mejar Khairul Azme bin Haji Mohidi.
Antara agenda utama Ex COORES 2025 ialah pembentangan akademik dan perbincangan secara berkumpulan dari peserta yang mengikuti latihan tersebut berkenaan dengan Bantuan Kemanusian dan Bencana seperti Taufan YAGI oleh VINASARCOM, prosedur tetap operasi (SOP) dan konsep operasi Multi National Coordination Centre (MNCC), serta perkongsian operasi daripada pasukan Singapore Civil Defence Force (SCDF) mengenai operasi Mencari dan Menyelamat Urban (USAR). Latihan ini mepertingkatkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara peserta sebelum beralih ke TTX.
Latihan ini bertujuan untuk memudahkan kerjasama dan kolaborasi antara peserta daripada organisasi ketenteraan, kerajaan dan agensi perkhidmatan awam di dalam platform TTX, dengan menekankan kepada koordinasi dan tindak balas dalam senario bencana berskala besar. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan dan penyelarasan secara efektif malah mengukuhkan hubungan antara negara dan organisasi termasuk hubungan ABDB dengan rakan kerja antarabangsa dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan bencana.





