THE RADISSON HOTEL, BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 27 January 2026 – The Legal Security Division, Prime Minister's Office, in collaboration with the United States Embassy, through the National Maritime Coordination Centre (NMCC), organised a Maritime Technical Workshop, where the workshop aimed to share best practices and effective strategies in enhancing maritime security, tailored to the context and requirements of Brunei Darussalam. The programme featured a sharing session by a guest speaker, Vice Admiral (R) Peter Gautier, who previously served as the Acting Commandant of the United States Coast Guard. Also present was Her Excellency Caryn R. McClelland, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the United States of America to Brunei Darussalam.
The workshop commenced with opening remarks by Commander Rasman bin Puteh, RBN, Director of the NMCC, and was officiated by Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Deputy Commissioner of Police, Royal Brunei Police Force.
A total of three (3) officers from the Joint Force Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the workshop, alongside participants from other relevant agencies. One of the key components of the workshop was a scenario-based group exercise, focusing on oil spill incidents and smuggling activities, aimed at discussing coordinated response mechanisms, information sharing, and inter-agency cooperation within the maritime domain.
The participation of RBAF in this workshop reflects the continued commitment of the Joint Force to strengthening inter-agency collaboration, as well as enhancing readiness and the effectiveness of responses to maritime security threats.
BENGKEL TEKNIKAL MARITIM PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM
HOTEL RADISSON, BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Januari 2026 – Bahagian Sekuriti Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bersama Kedutaan Amerika Syarikat, melalui penyelenggaraan Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan (PPMK) telah menganjurkan Bengkel Teknikal Maritim.
Bengkel ini bertujuan untuk mengongsikan amalan terbaik dan strategi berkesan dalam memperkukuhkan keselamatan maritim, selaras dengan konteks dan keperluan Negara Brunei Darussalam (NBD). Program ini turut menampilkan sesi perkongsian bersama penceramah jemputan, Vice Admiral (R) Peter Gautier, yang pernah berkhidmat sebagai Acting Commandant of the United States Coast Guard. Turut hadir adalah Puan Yang Terutama Caryn R McClelland, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke NBD.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Komander Rasman bin Puteh, TLDB, Pengarah PPMK. Bengkel ini dirasmikan oleh Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Seramai tiga (3) pegawai Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menghadiri bengkel ini bersama peserta daripada agensi berkepentingan. Antara pengisian utama bengkel ini adalah latihan berasaskan senario secara berkumpulan, yang memfokuskan kepada insiden tumpahan minyak dan aktiviti penyeludupan, bagi membincangkan penyelarasan tindak balas, perkongsian maklumat serta mekanisme kerjasama antara agensi dalam domain maritim.
Penyertaan ABDB dalam workshop ini mencerminkan komitmen berterusan Angkatan Bersama dalam memperkukuhkan keupayaan kerjasama antara agensi serta meningkatkan kesiapsiagaan dan keberkesanan tindak balas terhadap sebarang ancaman keselamatan maritim negara.



