BOLKIAH GARISSON, Monday, 02 February 2026 — Joint Force, Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) joined the Nisfu Sya'aban 1447 Hijrah Celebration Ceremony at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garisson. The ceremony was simultaneously held at all suraus within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the focal event held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
Present at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garisson were Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Senior officers, Officers and personnel of Bolkiah Garisson.
The ceremony in all suraus commenced with mass Maghrib prayer, followed by Sunat Hajat prayer, Doa Selamat and a Special recitation for the well-being of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The ceremony then continued with three times recitation of Surah Yassin and doa. The ceremony continued with the recitation of Doa Nisfu Syaaban 1447 Hijrah, and concluded with the mass Isya' prayer.

BOLKIAH GARISON, Isnin, 02 Februari 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menyertai Majlis Sambutan Nisfu Syaaban 1447 Hijrah bertempat di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison. Majlis ini turut dilaksanakan secara serentak di kesemua surau perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, yang mana Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, sebagai surau tumpuan.
Hadir di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota tentera serta kakitangan awam Bolkiah Garison.
Majlis tersebut dimulakan dengan solat Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat Sunat Hajat, bacaan Doa Selamat dan Kesyukuran Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan tiga kali bacaan Surah Yaasin dan doa. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Nisfu Syaaban 1447 Hijrah dan diakhiri dengan solat Fardu Isya' berjemaah.

