PULAU BERAMBANG, Rabu, 4 Februari 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengkoordinasikan bantuan kecemasan ABDB bagi menyediakan bantuan bekalan air di Kampung Menunggol, Pulau Berambang, berikutan panggilan kecemasan yang diterima melalui Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC).
Kekurangan bekalan air di kawasan tersebut berpunca daripada kerja-kerja pembaikan paip air yang sedang dijalankan di beberapa tangki air utama Daerah Brunei-Muara beberapa hari sebelumnya. Dalam usaha menangani situasi tersebut, AB ABDB telah menyelaraskan sumber bantuan daripada pelbagai unit Tentera Darat Diraja Brunei, termasuk tenaga kerja, jentera berat, serta bot pengangkutan tentera yang sesuai. Bantuan kecemasan ini berjaya dilaksanakan melalui kerjasama rapat dengan Jabatan Kerja Raya, yangmana sebanyak 130 tong plastik berisi air disalurkan ke kawasan terjejas.
AB ABDB merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada TDDB atas usaha, kerjasama dan komitmen mereka dalam memastikan kejayaan pelaksanaan bantuan kecemasan ini.
ABDB akan terus bekerjasama erat dengan NDMC dan agensi yang berkepentingan dalam menghulurkan bantuan yang memberi kesan positif kepada masyarakat. Inisiatif ini juga memperkukuh rangkaian profesional dalam menangani kecemasan, selaras dengan pendekatan 'Whole-of-Nation'.
JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES COORDINATES WATER SUPPLY AID IN PULAU BERAMBANG
PULAU BERAMBANG, Wednesday, 4 February 2026 – The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) coordinated relief assistance to deliver water supplies to Kampong Menunggol, Pulau Berambang, following an emergency call from the National Disaster Management Centre (NDMC).
The shortage arose from ongoing pipe repairs at several main water tanks in the Brunei-Muara District. JF RBAF synchronised resources from Royal Brunei Land Forces (RBLF) units, including manpower, heavy machinery, and military transport boats. The relief assistance succeeded through close collaboration with the Public Works Department, which supplied 130 plastic water tanks to the area.
JF RBAF extends its sincere appreciation to the RBLF for their dedicated efforts, cooperation, and professionalism in ensuring the success of this relief assistance.
RBAF remains committed to partnering with NDMC and relevant agencies to provide effective community assistance. These initiatives strengthen professional networks and support the 'Whole-of-Nation Approach' in emergency response.


