BOLKIAH GARRISON, Thursday, 12 February 2026 – The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) held a Distribution of Dates ceremony, as a Personal Gift from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in conjunction with the arrival of the holy month of Ramadhan 1447H/2026M. The ceremony took place at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison.
Present to officiate the ceremony was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, JF Commander. Also in attendance were members of the JF Executive Board, Senior Officers, the JF Sergeant Major, as well as officers and personnel of JF RBAF.
The ceremony began with the distribution of dates, presented as a personal gift from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to the Deputy JF Commander, Chief of Staff JF, Senior Officers and cell representatives of JF RBAF. The distribution of dates as a Personal gift from His Majesty symbolises the love, care and attention of His Majesty towards the welfare and spiritual well-being of his people, particularly in welcoming the blessed month of Ramadhan.
Following the distribution of dates, the event continued with a Khatam Al-Qur'an ceremony. It commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by the JF Commander, followed by Takhtim Al-Qur'an, Dikir Marhaban and the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The ceremony concluded with the recitation of Doa Selamat and the Fardhu Asar congregational prayer.
ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS PENGAGIHAN KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA BULAN RAMADHAN SEMPENA KETIBAAN BULAN SUCI RAMADHAN 1447H/2026M
BOLKIAH GARISON, Khamis, 12 Februari 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena ketibaan bulan suci Ramadhan 1447H /2026M. Majlis tersebut berlangsung di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison.
Hadir bagi menyempurnakan majlis ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah AB ABDB. Turut hadir ialah Ahli Badan Eksekutif AB, Pegawai-Pegawai Kanan, Sarjan Mejar AB, serta pegawai dan anggota AB ABDB.
Majlis dimulakan dengan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada Timbalan Pemerintah AB, Ketua Staf AB, Pegawai-Pegawai Kanan dan wakil-wakil sel AB ABDB. Kurma Kurnia yang dilaksanakan setiap tahun ini melambangkan kasih sayang, keprihatinan dan perhatian Baginda terhadap kebajikan serta kesejahteraan rohani rakyat dan warga tentera khususnya dalam menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Majlis diteruskan dengan Khatam Al-Qur'an yang dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemerintah AB, diikuti dengan Takhtim Al-Qur'an, Dikir Marhaban serta bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sembahyang Fardhu Asar berjemaah.


