Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TWO RBAF OFFICERS PARTICIPATE IN THE ASEAN DEFENCE MINISTERS’ MEETING-PLUS EXPERTS’ WORKING GROUP ON HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF (HADR) CONFERENCE IN THE CONTEXT OF CLIMATE CHANGE IN THE REPUBLIC OF SINGAPORE

REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 31 October 2025 – Two officers from Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the ASEAN Defence Ministers' Meeting-Plus Experts' Working Group (ADMM-Plus EWG) on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) in the context of climate change was convened on 31 October 2025 at The Grand Copthorne Waterfront Hotel, Republic of Singapore.

This event gathered stakeholders from the ADMM-Plus countries who discussed strategies to strengthen disaster preparedness and climate resilience in the region. The participating countries in this working group comprises of 11 ASEAN member states along with eight Plus partner countries. Representative from RBAF were Lieutenant Colonel Haji Erawan bin Haji Abu Bakar and Major (U) Mohammad Harith bin Haji Edin.

The conference was co-chaired by Colonel Lew Tze Soon, Director of the Changi Regional HADR Coordination Centre, and Lieutenant Colonel Scott Cordwell, Deputy Director of Strategic Commitments, Headquarters New Zealand Defence Force.

The primary objective of the conference was to strengthen regional cooperation and enhance coordination in disaster relief and humanitarian assistance efforts, particularly in response to the increasing frequency and severity of natural disasters driven by climate change.

The conference concluded with a discussion workshop on Timor-Leste's needs as ASEAN's newest member state, emphasis the importance of building capacity to keep pace with adaptation, mitigation, anticipatory action, and emergency response within the regional framework.

The event was formally closed with remarks from the Co-Chairs of the ADMM-Plus EWG on HADR, reaffirming the collective commitment of member states to enhance regional cooperation, strengthen disaster response capabilities, and promote resilience in the face of climate-related challenges.


REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 31 Oktober 2025 – Dua pegawai daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai The ASEAN Defence Ministers' Meeting-Plus Experts' Working Group (ADMM-Plus EWG) mengenai Bantuan Bencana dan Kemanusiaan dalam konteks perubahan iklim telah diadakan pada 31 Oktober 2025 di The Grand Copthorne Waterfront Hotel, Republik Singapura.

Mesyuarat ini dihadiri oleh negara-negara ADMM-Plus yang membincangkan strategi untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan bencana dan daya tahan iklim di rantau ini. Negara-negara yang mengambil bahagian dalam kumpulan kerja ini terdiri daripada 11 negara-negara ASEAN serta 8 negara Rakan Dialog (Plus). Hadir selaku wakil daripada ABDB adalah Leftenan Kolonel Haji Erawan bin Haji Abu Bakar dan Mejar (U) Mohammad Harith bin Haji Edin.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Kolonel Lew Tze Soon, Pengarah Changi Regional HADR Coordination Centre, dan Leftenan Kolonel Scott Cordwell, Timbalan Pengarah Komitmen Strategik, Ibu Pejabat Tentera New Zealand.

Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama serantau dan meningkatkan koordinasi dalam usaha bantuan bencana dan kemanusiaan, terutamanya dalam menghadapi peningkatan frekuensi dan keparahan bencana alam yang dipacu oleh perubahan iklim.

Mesyuarat ini berakhir dengan bengkel perbincangan mengenai keperluan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN yang terbaru, yang menekankan kepentingan membangunkan kapasiti untuk mengikuti perkembangan penyesuaian, mitigasi, tindakan yang boleh dijangka, dan tindak balas kecemasan dalam rangka kerja serantau.

Acara ditutup secara rasmi dengan ucapan daripada Pengerusi Bersama ADMM-Plus EWG HADR, yang menegaskan komitmen kolektif negara-negara untuk mempertingkatkan kerjasama serantau, mengukuhkan keupayaan tindak balas bencana, dan mempertingkatkan ketahanan dalam menghadapi cabaran yang berkaitan dengan perubahan iklim.​