BRIDEX, JERUDONG, Thursday, 25 June 2026 – The Ministry of Defence (MOD) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the National Disaster Exercise 2026 (NDE-2026) organised by the National Disaster Management Centre NDMC) and the Fire and Rescue Department from 23 to 25 June 2025.
The NDE-2026 Opening Ceremony was officiated by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Coordinating Minister for Social Policies and Manpower and Minister of Home Affairs. Also present was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
The objective of NDE-2026 is to certify the effectiveness of the disaster management mechanism outlined in the National Standard Operating Procedure (NaSOP) which is currently being updated, particularly in terms of operational implementation, command and control, inter-agency coordination, information management and reporting during a crisis. This exercise also aims to test the level of integration and interoperability between NaSOP, National Inventory Disaster Response Plan (NIDRP), and related SOPs owned by the relevant agencies in supporting large-scale disaster management. The scenario for NDE-2026 this time simulates the situation in the event of a tsunami threat following the Manila Trench earthquake, as well as assessing the actions and coordination that need to be implemented by all government and non-government agencies in managing and addressing the situation.
At the NDE-2026 Strategic Level Table-Top Exercise (TTX) Program, the Ministry of Defence delegation was led by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
Meanwhile, the RBAF delegation was led by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Force, accompanied by Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, RBN, Joint Force Deputy Commander RBAF, and Lieutenant Colonel Muhammad Suwardi Ariffin bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latiff, Joint Force Chief of Staff RBAF. RBAF officers also served as planners and assessors for NDE-2026, underscoring the armed forces' active role in the design, evaluation and continuous improvement of national disaster management mechanisms.
The involvement of the Ministry of Defence and the RBAF demonstrates their continued commitment to the Whole-of-Nation approach in line with the guidelines in the Defence White Paper (DWP). NDE-2026 involves decisions at the Strategic, Operational and Tactical levels in jointly closing the gap in dealing with any disaster efficiently and effectively.
PEGAWAI-PEGAWAI KANAN ABDB MENYERTAI LATIHAN BENCANA KEBANGSAAN 2026
BRIDEX, JERUDONG, Khamis, 25 Jun 2026 – Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Latihan Bencana Kebangsaan 2026 (LBK-2026) yang diungkayahkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan juga Pasukan Bomba dan Penyelamat bermula daripada 23 Jun hingga 25 Jun 2026.
Majlis Pembukaan LBK-2026 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir ialah Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Objektif LBK-2026 ini adalah untuk memperakukan keberkesanan mekanisme pengurusan bencana yang digariskan di dalam National Standard Operating Procedure (NaSOP) yang sedang dikemaskini, khususnya dari segi aspek pelaksanaan operasi, arahan dan kawalan (Command and Control), penyelarasanantara agensi, pengurusan maklumat serta pelaporan semasa krisis. Latihan ini juga betujuan untuk menguji tahap integrasi dan kebolehoperasian antara NaSOP, National Inventory Disaster Response Plan (NIDRP), serta SOP-SOP berkaitan yang dimiliki oleh agensi-agensi berkenaan dalam menyokong pengurusan bencana berskala besar. Senario bagi LBK-2026 pada kali ini mensimulasikan keadaan sekiranya berlakunya ancaman tsunami susulan gempabumi di Manila Trench, serta menilai tindakan dan koordinasi yang perlu dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam mengurus dan menangani situasi tersebut.
Pada Program Table-Top Exercise (TTX) LBK-2026 Peringkat Strategik, delegasi Kementerian Pertahanan diketuai oleh Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan. Sementara itu, delegasi ABDB diketuai oleh Brigadier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, disertai oleh Kapten Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, dan Leftenan Kolonel Muhammad Suwardi Ariffin bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latiff, Ketua Staf Angkatan Bersama ABDB. Pegawai-pegawai ABDB juga berperanan sebagai perancang dan penilai bagi NDE-2026, sekali gus menzahirkan peranan aktif angkatan tentera dalam reka bentuk, penilaian dan penambahbaikan berterusan mekanisme pengurusan bencana negara.
Penglibatan KEMENTAH dan ABDB ini menunjukkan komitmen yang berterusan dalam Whole-of-Nation approach sejajar dengan garispandu dalam Defence White Paper (DWP). LBK-2026 ini melibatkan keputusan di peringkat Strategik, Operasi dan juga Taktikal dalam sama-sama menutup jurang dalam menangani sebarang bencana secara efisien dan berkesan.
