BANYUWANGI, REPUBLIC OF INDONESIA, Wednesday, 13 September 2023 - The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated as an observer in this year's Super Garuda Shield 2023 Multinational Joint Exercise from 08 until 13 September 2023. This exercise is the annual capstone theater security cooperation event between the Defence Force of Indonesia (TNI) and United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM), also participated the exercise were Japan, Australia, Republic of Singapore, the United Kingdom and France. Additionally, several countries participated as observers, including Brunei Darussalam, Brazil, Canada, Germany, the Netherlands, New Zealand, Papua New Guinea, the Republic of the Philippines, the Republic of Korea, Thailand, and Timor Leste.
Super Garuda Shield 2023 is conducted to enhance military to military relationships, mission readiness and increased tactical interoperability at the operational and tactical level. The exercise featured battalion-strength elements from each participating nation, engaging in war-fighting exercises aimed at enhancing combined operational capacity. RBAF officers were privileged to observe key components of the exercise, the HIMARS Rapid Insertion (HIRAIN)/CAESAR Rapid Insertion (CRAIN), Combined Arm Live Firing Exercise (CALFEX) and Engineering Civic Action Program (ENCAP).
This marks a historic milestone for the RBAF as it engages in this exercise for the first time. The RBAF's participation underscores Brunei's commitment to enhancing regional security and contributing to the stability and prosperity of the Indo-Pacific region.



DUA PEGAWAI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGIKUTI LATIHAN BERSAMA SUPER GARUDA SHIELD 2023
BANYUWANGI, REPUBLIK INDONESIA, Rabu, 13 September 2023 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengambil bahagian sebagai pemerhati dalam Latihan Bersama Super Garuda Shield 2023 Multinasional dari 08 hingga 13 September 2023. Latihan ini merupakan acara tahunan kerjasama keselamatan teater antara Tentara Nasional Indonesia (TNI) dan United States Indo-Pacific Command ~(USINDOPACOM, serta turut serta dalam latihan ini adalah Jepun, Australia, Republik Singapura, United Kingdom, dan Perancis. Selain itu, beberapa negara turut serta sebagai pemerhati, termasuk Brunei Darussalam, Brazil, Kanada, Jerman, Belanda, New Zealand, Papua New Guinea, Republik Filipina, Republik Korea, Thailand, dan Timor Leste.
Super Garuda Shield 2023 dijalankan untuk meningkatkan hubungan ketenteraan antarabangsa, kesediaan misi, dan meningkatkan interoperabiliti taktikal pada peringkat operasi dan taktikal. Latihan ini melibatkan elemen kekuatan batalion dari setiap negara peserta yang terlibat, dalam latihan peperangan untuk meningkatkan kapasiti operasi bersama. Pegawai ABDB berpeluang untuk memerhatikan komponen utama dalam latihan ini, seperti HIMARS Rapid Insertion (HIRAIN)/CAESAR Rapid Insertion (CRAIN), Combined Arm Live Firing Exercise (CALFEX) dan Engineering Civic Action Program (ENCAP).
Ini merupakan pencapaian bersejarah bagi ABDB kerana terlibat dalam latihan ini untuk kali pertama. Penyertaan ABDB menegaskan komitmen Brunei dalam meningkatkan keselamatan serantau dan menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran rantau Indo-Pasifik.