Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE DISTRIBUTION OF DATES FROM HIS MAJESTY SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM IN CONJUNCTION OF RAMADHAN 1445 HIJRAH / 2024 MASEHI CEREMONY


BOLKIAH GARRISON, Friday, 08 March 2024 – The Joint Force Headquarters of the Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF) has organized a distribution of Dates from His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in anticipation of the upcoming month of Ramadhan 1445 Hijrah / 2024 Masehi. The ceremony took place at the Lecture Theatre, 1st Floor, Tower Block.

Present at the ceremony to distribute the dates was Yang Mulia Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Acting Joint Force Commander.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the distribution of dates to JFHQ Senior Officers, Officers, Sergeant Major JFHQ. The ceremony concluded with a Doa Selamat led by 18638 Lance Corporal Nurhadi bin Harun from the RBAF Religious Directorate.




MAJLIS PENYERAHAN KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA BULAN RAMADHAN 1445 HIJRAH BERSAMAAN 2024 MASEHI

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 08 Mac 2024 – Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menjelangnya bulan Ramadhan Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi. Majlis berlangsung di Bilik Kuliah, Tingkat 1, Blok Menara.

Hadir bagi menyempurnakan penyerahan kurma ialah Yang Mulia Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohammad Said, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyerahan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai Turus dan Sarjan Mejar Angkatan Bersama. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh 18638 LKpl Nurhadi bin Harun dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).