BOLKIAH GARRISON, Thursday, 31 October 2024 – A Doa Selamat ceremony for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) contingent that is set to deploy with the Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) as part of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeeping mission was held at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison this afternoon.
Present at the ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II; Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; and His Excellency Datuk Mohd Aini bin Atan, High Commissioner-Designate of Malaysia to Brunei Darussalam.
The 30 RBAF personnel, led by Major Pengiran Muhammad Syahir Fadillah bin Pengiran Salleh, comprises 3 officers and 27 other ranks, including 2 RBAF Women Military personnel, who will be deployed for a period of 12 months. They are scheduled to depart for Malaysia on Friday, 1 November 2024, before continuing their journey with MALBATT-12 contingent to Lebanon.
This ceremony aims to seek blessings from Allah Subhanahu wa Ta'ala for the protection and well-being of the RBAF contingent MALBATT 850-12 and the success of their mission. The ceremony also featured a Tazkirah titled 'Akhlak Dalam Berjihad' which emphasises the importance of discipline and ethics in discharge duties and obligations in the path of Allah Subhanahu wa Ta'ala, as well as upholding RBAF Core Values in serving the nation, country and religion.
The Government of Brunei Darussalam has been involved in the UNIFIL mission under MALBATT since 2008 and has shown a high level of commitment to contributing to international efforts to maintain global peace and stability. Through its participation in this mission, Brunei Darussalam has also strengthened diplomatic relations and military cooperation with other nations, as well as demonstrating the capabilities of the RBAF in carrying out tasks at an international level.
Also, in attendance were Members of the Defence Executive Committee, Members of the RBAF Executive Committee, Acting Director of the Department of International Organisations, Ministry of Foreign Affairs, and senior officers and personnel from the Ministry of Defence as well as families of the personnel involved in the peacekeeping mission.
MAJLIS DOA SELAMAT BAGI PEMERGIAN KONTINJEN ABDB BERSAMA MALAYSIAN BATTALION 850-12 (MALBATT 850-12) BAGI MISI UNITED NATIONS INTERIM FORCE IN LEBANON (UNIFIL)
BOLKIAH GARISON, Khamis, 31 Oktober 2024 - Majlis Doa Selamat untuk pemergian kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menyertai Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) sebagai sebahagian daripada misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah diadakan di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison petang ini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; dan Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini bin Atan, Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
Kontinjen ABDB yang terdiri daripada 30 orang anggota diketuai oleh Mejar Pengiran Muhammad Syahir Fadillah bin Pengiran Salleh, mengandungi 3 orang pegawai, 27 orang lain-lain peringkat, termasuk 2 orang askar wanita, akan melaksanakan misi selama 12 bulan. Mereka dijadualkan berlepas ke Malaysia pada hari Jumaat, 1 November 2024, sebelum meneruskan perjalanan mereka bersama MALBATT-12 ke Lubnan.
Majlis ini bertujuan untuk memohon ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi perlindungan dan kesejahteraan kontinjen ABDB MALBATT 850-12 serta kejayaan misi mereka. Majlis ini juga turut diselitkan dengan penyampaian tazkirah bertajuk 'Akhlak Dalam Berjihad' yang menekankan disiplin dan etika dalam melaksanakan tugas dan kewajipan di jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala, serta menegakkan Nilai-Nilai Teras ABDB dalam berkhidmat demi bangsa, negara dan agama.
Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah terlibat dalam misi UNIFIL di bawah payung MALBATT sejak tahun 2008 dan telah menunjukkan tahap komitmen yang tinggi dalam menyumbang kepada usaha antarabangsa untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan sejagat. Melalui penglibatan dalam misi ini, Negara Brunei Darussalam juga telah memperkukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama ketenteraan dengan negara-negara lain, serta membuktikan keupayaan ABDB dalam melaksanakan tugas-tugas di peringkat antarabangsa.
Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pemangku Pengarah Jabatan Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, serta Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga anggota-anggota yang menyertai misi pengaman.