Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

DISBANDMENT PARADE CEREMONY OF THE MALAYSIAN BATTALION (MALBATT) 850-12 CONTINGENT

MALAYSIA, Thursday, 4 December 2025 – A Disbandment Parade Ceremony for the Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 contingent of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) was held this morning at Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, commemorating the completion of their year-long peacekeeping mission in South Lebanon.



The parade was officiated by the Chief of Defence Force Malaysia, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Haji Mohd Nizam bin Haji Jaafar, who welcomed back the returning personnel and expressed the nation’s deep appreciation for their unwavering commitment, professionalism, and discipline throughout the mission. The ceremony was also attended by Brunei Darussalam’s Defence Adviser to Malaysia, Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Abidin. 



In his keynote address, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Haji Mohd Nizam commended the battalion for upholding Malaysia’s and Brunei Darussalam’s longstanding reputation as reliable contributors to international peace and security under the United Nations mandate. He highlighted MALBATT’s operational achievements, including its role in enhancing stability, supporting UN operations, and maintaining close coordination with the Lebanese Armed Forces and other UN contingents. 


The ceremony also highlighted the active involvement of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel consisting of 3 officers and 26 other ranks, who served under MALBATT 850-12. Their participation reflects the high level of interoperability and readiness achieved through the longstanding defence cooperation between Malaysia and Brunei Darussalam, further strengthening regional defence diplomacy and the shared commitment of both nations towards global peacekeeping efforts.



A total of 21 RBAF personnel are currently serving with MALBATT 850-13 under the ongoing UNIFIL mission. With UNIFIL’s mandate now extended until 31 December 2026, MALBATT 850-13 will be the final deployment for the mission. The RBAF contingent of MALBATT 850-12 is scheduled to return to Brunei Darussalam on 5 December 2025.




UPACARA PERBARISAN PEMBUBARAN KONTINJEN MALBATT 850-12 UNIFIL DI MALAYSIA


MALAYSIA, Khamis, 4 Disember 2025 — Upacara Perbarisan Pembubaran Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telahpun diadakan pagi ini di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, yang menandakan tamatnya penugasan pengaman selama setahun di Selatan Lubnan.

Perbarisan tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Haji Mohd Nizam bin Haji Jaafar, yang menyambut ketibaan para anggota serta menyampaikan penghargaan negara terhadap komitmen, profesionalisme dan disiplin tinggi yang ditunjukkan sepanjang pelaksanaan misi. Majlis turut dihadiri oleh Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Abidin. 


Dalam ucapan beliau, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Haji Mohd Nizam menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas kejayaan MALBATT dalam mengharumkan nama negara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam sebagai penyumbang yang konsisten serta diberikan kepercayaan tinggi dalam keupayaan menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau turut menekankan pencapaian operasi MALBATT, termasuk peranannya dalam memperkukuh kestabilan, menyokong operasi PBB, serta mengekalkan koordinasi rapat dengan Angkatan Tentera Lubnan dan kontinjen-kontinjen UNIFIL yang lain.



Majlis turut menyerlahkan penglibatan aktif Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mana seramai 3 Pegawai dan 26 lain-lain peringkat telah mengikuti MALBATT 850-12. Penyertaan ini mencerminkan tahap kebolehoperasian dan kesiapsiagaan yang tinggi hasil kerjasama pertahanan yang sudah sekian lama terjalin antara Brunei Darussalam dan Malaysia, sekali gus memperkukuh diplomasi pertahanan serantau serta komitmen bersama kedua-dua negara terhadap usaha pengaman antarabangsa.

Pada ketika ini seramai 21 anggota ABDB sedang meneruskan penugasan UNIFIL bersama MALBATT 850-13. Majlis Keselamatan PBB telah melanjutkan mandat UNIFIL sehingga 31 Disember 2026, sebelum misi tersebut memasuki fasa pengunduran secara berperingkat. Dengan itu, penyertaan ABDB dalam MALBATT 850-13 adalah penyertaan terakhir di bawah misi UNIFIL. Kontinjen ABDB MALBATT 850-12 dijadualkan pulang ke Negara Brunei Darussalam pada 5 Disember 2025.