Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KHATAM AL-QUR’AN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 18TH ANNIVERSARY OF THE JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

BOLKIAH GARISSON, Thursday, 11 December 2025 – The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) held a Khatam Al-Qur’an ceremony in conjunction with the JF RBAF’s 18th Anniversary which falls on 14 December 2025, at Surau Ad-Difa’, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison. 


Present during the ceremony was Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, JF Commander RBAF. Also present were senior officers, officers as well as personnel of the JF RBAF. 

The ceremony commenced with a tazkirah titled “Membina Ukhuwah dan Semangat Berpasukan Berasaskan Al-Qur’an” delivered by a representative from the RBAF Religious Directorate. The tazkirah highlighted the importance of the Al-Qur’an in strengthening teamwork, loyalty and moral support amongst personnel to ensure a stronger, united and more effective force in carrying out entrusted duties.

The ceremony continued with the recital of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah. This was followed by the recitation of the Al-Qur’an, Takhtim and Tahlil and Dikir Marhaban. The ceremony then proceeded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, mass Fardhu Asar prayers, as well as the recitation of wirid and Doa. The ceremony concluded with Selawat Qiyam, the closing Doa, and a group photo session.

Besides enlivening the JF RBAF’s 18th Anniversary, this Khatam Al-Quran Ceremony was held not only serves as an encouragement for personnel to continue reading and deepening their understanding of the Al-Quran, but is also hoped to instill a deeper love for Al-Quran as a foundation for spiritual development and as a means to strengthen unity within the JF RBAF. 


MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-18 TAHUN 

BOLKIAH GARISON, Khamis, 11 Disember 2025 — Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Hari Ulang Tahun AB ABDB ke-18 yang jatuh pada 14 Disember 2025, di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. 

Hadir semasa majlis tersebut adalah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota AB ABDB. 

 

Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah bertajuk ‘Membina Ukhuwah dan Semangat Berpasukan Berasaskan Al-Qur’an yang disampaikan oleh wakil daripada Jabatanarah Agama ABDB. Tazkirah tersebut menyentuh mengenai kepentingan Al Qur’an dalam memperkukuh semangat sepasukan, kesetiaan dan sokongan moral dalam kalangan anggota agar pasukan lebih mantap, bersatu dan berkesan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. 

Majlis diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai dan bacaan Surah Al Fatihah. Majlis disusuli dengan bacaan surah-surah Khatam Al-Quran, Takhtim dan Tahlil, laungan Dikir Marhaban secara beramai. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, sembahyang fardhu Asar berjemaah serta bacaan wirid dan Doa. Majlis diakhiri dengan Selawat Qiyam, bacaan Doa Penutup dan sesi bergambar ramai. 


Di samping menyemarakkan lagi Sambutan Hari Ulang Tahun AB ABDB ke-18, majlis Khatam Al-Qur’an ini diadakan bukan sahaja menjadi pemangkin untuk menggalakkan anggota agar terus membaca dan mendalami Al-Qur’an, malah turut diharapkan dapat memupuk kecintaan yang lebih mendalam terhadap Al-Qur’an sebagai asas pembentukan rohani serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan warga AB ABDB.