BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 12 December 2025 – In conjunction of the Joint Force Royal Brunei Armed Forces' (JF RBAF) 18th Anniversary celebration, the JF RBAF held a recitation of Surah Yaasin and Tahlil for the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and for His Majesty's late son Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim. The event was held at the Royal Mausoleum in Jalan Tutong.
Present at the Royal Mausoleum was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander RBAF, Chief of Staff, Senior Officers, Officers, Acting Sergeant Major Joint Force RBAF and personnel of the JF RBAF.
The function began with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil led by Captain Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli, Religious Development and Mosque/Surau RBAF Religious Directorate, followed by the Doa Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.
This event is one of the scheduled activities in conjunction with the JF RBAF 18th Anniversary, which will be celebrated on 14 December 2025.
MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-18
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 12 Disember 2025 – Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) yang ke-18, AB ABDB telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah AB ABDB, Ketua Staf, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Pemangku Sarjan Mejar AB ABDB dan anggota-anggota AB ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Kapten Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli, Penolong Pegawai Turus Perkembangan Syiar Islam dan Takmir Masjid/Surau daripada Jabatanarah Agama, ABDB diikuti dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti yang dijadualkan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun AB ABDB ke-18 yang akan diraikan pada 14 Disember 2025.
