BOLKIAH GARISON – Isnin, 15 Disember 2025 – Upacara Perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) ke-18 telah berlangsung di Dewan Gerak Badan Baru, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis. Kawalan Perbarisan diketuai oleh Mejar Haji Muhammad Alihassan bin Haji Japar, Timbalan Pegawai Turus Doktrin (D), Pusat Doktrin dan Peperangan Bersama AB ABDB. Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh Kpt Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli, Penolong Pegawai Turus Perkembangan Syiar Islam dan Takmir Masjid/Surau, Jabatanarah Agama ABDB kemudian diteruskan dengan bacaan Ikrar dipimpin oleh Leftenan Mohammad Hadi Samsol bin Alex Qurnaine, Penolong Pegawai Turus Perisikan (J2). Turut hadir di Upacara Perbarisan ini ialah Ketua Staf AB ABDB, Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota AB ABDB.

Upacara diteruskan dengan perutusan Pemerintah AB ABDB dimana beliau merafakkan rasa syukur atas kejayaan AB ABDB yang hampir dua dekad sejak penubuhannya, khususnya dalam keupayaan AB ABDB untuk merancang, mengurus serta melaksanakan gerakan bersepadu merentasi pelbagai domain, termasuk usaha-usaha di bawah diplomasi pertahanan melalui latihan bersama agensi dalam dan luar negara, serta operasi pengamanan dan bantuan kemanusiaan.
Pemerintah AB turut menyatakan akan kepentingan AB ABDB untuk terus siap siaga dalam menghadapi apa jua ancaman keselamatan yang kompleks yang mungkin datang dari berbagai bentuk dan dari segenap sudut. Semua ini memerlukan kesiapsiagaan yang tinggi dan kerjasama yang mantap bersama Unit-unit Angkatan Tentera, stakeholders dan rakan serantau-antarabangsa yang lain. Di akhir perutusan, Pemerintah AB juga mengingatkan warga AB ABDB untuk mengutamakan disiplin, menjaga integriti dan kerahsiaan operasi tanpa kompromi dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta kestabilan tanah air.

Sejurus daripada perutusan, upacara diteruskan dengan Bacaan Doa dan tabik hormat disusuli dengan upacara pemotongan kek sempena HUT AB ABDB ke-18 yang diiringi dengan laungan Selawat dan sesi bergambar ramai.
THE PARADE CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 18TH ANNIVERSARY OF THE JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES
BOLKIAH GARRISON – Monday, 15 December 2025 – The Parade Ceremony in conjunction with the 18th Anniversary of the Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) was held at the New Gymnasium, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, the Joint Force Commander. The parade was led by Major Haji Muhammad Alihassan bin Haji Japar, Staff Officer Grade 2 Doctrine (Land), Joint Doctrine and Warfare Centre. The ceremony began with a recitation of Surah Al-Fatihah led by Captain Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli, Staff Officer Grade 3, Religious Development and Mosque/Surau, Religious Department, RBAF, followed by the reciting of the Joint Force Pledge led by Lieutenant Mohammad Hadi Samsol bin Alex Qurnaine, Staff Officer Grade 3 Intelligence (J2). Also present during the parade ceremony were the Chief of Staff, Senior Officers, Officers and personnel of JF RBAF.
The ceremony continued with a speech from the Joint Force Commander. He expressed his gratitude for JF RBAF achievements in nearly two decades since its establishment highlighting JF RBAF expertise in planning, managing, and executing joint operations across various domains. This includes defence diplomacy through joint exercises with domestic and international partner as well as peacekeeping and humanitarian missions.
The Joint Force Commander also emphasised the importance for JF RBAF to remain prepared to facing any complex security threats that may emerge in various shapes and forms. This requires a high level of readiness and strong cooperation with all RBAF units, stakeholders, and other regional and international partners. The Joint Force Commander also reminded all JF RBAF personnel to prioritise discipline and the upholding of integrity as well as confidentiality of operations in order to safeguard the sovereignty, security, and stability of the nation.

Following the speech, the ceremony continued with the recitation of a prayer, a salute, and the cutting of a cake to celebrate the 18th Anniversary of JF RBAF, accompanied by the chanting of Selawat and a group photo session.
