BELAIT, Saturday, 27 December 2025 – The Ministry of Defence successfully organised a Cleaning Campaign across the Belait District, officially launched at Taman Jubli Perak, Kuala Belait as the main venue by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II. The campaign was simultaneously conducted at several designated sites throughout the district. Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, joined the efforts at Sungai Teraban, participating in activities held at Kampung Sungai Teraban Mosque, Kampung Sungai Teraban Primary School, and the Kampung Sungai Teraban Community Hall.
The programme began with the recitations of Surah Al-Fatihah and Surah Al-Mulk, followed by Sunat Hajat and Dhuha prayers. This was succeeded by a tazkirah session via video teleconference titled 'Menguatkan Ukhuwah dalam Bergotong-Royong', which highlighted the importance of strengthening brotherhood (ukhuwah) through the Sunnah practice of collective community service (gotong-royong).
Awareness talks were then delivered by representatives from the Department of Environment, Parks and Recreation (JASTRe), Ministry of Health (MoH), and the Ministry of Primary Resources and Tourism (MPRT) on the themes of cleanliness, hygiene, and environmental responsibility.
At Sungai Teraban Mosque, Colonel Pengiran Noor Rumaizi officiated a tree-planting ceremony, followed by a group photo session and safety briefing before the start of the cleaning activities.
The campaign brought together local residents, military personnel, government agencies, community leaders, private sector partners, educational institutions, youth and volunteer groups, all working collaboratively to clean public parks, residential areas, and community spaces across the Belait District. The initiative involved approximately 1,000 participants, demonstrating strong community engagement and support.
By the end of the campaign, a total of 3,470.8 kilograms of waste including general refuse, recyclable materials, and bulky items were successfully collected from the designated areas. This outcome reflects the effectiveness of community-driven environmental initiatives and their positive impact on public spaces.
The Cleaning Campaign not only enhanced the cleanliness and beauty of the Belait District but also reinforced the shared national responsibility of maintaining a clean and sustainable environment. These efforts underscore the Ministry of Defence's commitment to environmental conservation and support for the Steering Committee on Cleanliness Issues (JIIK), in line with the Whole-of-Nation approach towards building a clean, safe, and sustainable nation.











PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA MENYERTAI AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN DI SUNGAI TERABAN, DAERAH BELAIT
BELAIT, Sabtu, 27 Disember 2025 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Kempen Kebersihan di Daerah Belait dan kempen tersebut telah rasmi dilancarkan di Taman Jubli Perak, Kuala Belait sebagai lokasi utama oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Kempen ini juga secara serentak dijalankan di beberapa lokasi yang ditetapkan di seluruh daerah Belait. Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama juga turut dijemput untuk menyertai kempen tersebut di sektor Sungai Teraban, iaitu di Masjid Kg Sg Teraban, Sekolah Rendah Kg Sg Teraban dan Balai Raya Kg Sg Teraban.
Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Al-Mulk, diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat dan Dhuha. Majlis kemudian diteruskan dengan tazkirah secara maya bertajuk “Menguatkan Ukhuwah dalam Bergotong-Royong" dimana ianya menekankan bagaimana amalan bergotong-royong dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan (ukhuwah) sebagai sunnah sambil memupuk nilai kebajikan dan keharmonian bersama masyarakat. Wakil-wakil dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Kesihatan (MoH) serta Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) juga kemudiannya menyampaikan taklimat kesedaran mengenai kebersihan dan tanggungjawab kepada alam sekitar di Masjid Sungai Teraban. Pemerintah Angkatan Bersama juga berkesempatan dijemput untuk merasmikan penanaman pokok, sesi bergambar ramai dan mendengarkan taklimat keselamatan sebelum aktiviti pembersihan dijalankan.
Kempen kebersihan ini telah menghimpunkan penduduk setempat, anggota tentera, agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, pihak swasta, institusi pendidikan, kumpulan belia dan pertubuhan sukarelawan melalui aktiviti pembersihan secara bersepadu di taman-taman awam, kawasan perumahan dan ruang komuniti, dengan penyertaan keseluruhan lebih kurang 1000 peserta.
Sebanyak 3470.8 kilogram sisa merangkumi daripada sisa am, bahan kitar semula dan barangan pukal telah berjaya dikumpulkan dari kawasan pembersihan yang ditetapkan. Pencapaian ini menzahirkan impak positif inisiatif alam sekitar yang digerakkan oleh komuniti.
Kempen Kebersihan ini bukan sahaja telah meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan Daerah Belait, malah turut memperkukuh tanggungjawab bersama dalam memelihara kebersihan alam sekitar. Usaha ini sekali gus menegaskan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan terhadap pemeliharaan alam sekitar serta sokongan padu terhadap inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK), di samping mengukuhkan pendekatan Whole-of-Nation ke arah mengekalkan sebuah negara yang bersih, selamat dan mampan.