PHNOM PENH, CAMBODIA, 31 December 2025 – Thailand released 18 Cambodian prisoners of war on 31 December 2025 after held captive for five months, in a landmark step fulfilling the ceasefire agreement signed on 27 December 2025 by the Defence Ministers of both nations. The handover took place at the border checkpoint between Thailand's Chanthaburi province and Cambodia's Pailin province, under the watchful observation of the ASEAN Observers Team, ensuring transparency and adherence to international standards. Maj (U) Pg Azim bin Pg Idris, Brunei Darussalam's representative in the ASEAN Observers Team, was present to witness the release underscoring Brunei Darussalam's pivotal role in its commitment to upholding regional peace and international humanitarian law.
Cambodia's Defence Ministry hailed the event as a “demonstration of goodwill that creates an environment conducive to peace, stability, and the full normalisation of relations for the benefit of both nations and their people." Thailand's Foreign Ministry echoed this sentiment, stating the repatriation adhered to Geneva Conventions provisions, with prisoners receiving Red Cross visits and all protected rights during their 155 days in detention. This release removes a major impediment following two rounds of destructive combat over competing territorial claims.


PASUKAN PEMERHATI ASEAN (AOT) MENYAKSIKAN PEMBEBASAN 18 ANGGOTA TENTERA KEMBOJA DIBEBASKAN DAN SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR
PHNOM PENH, KEMBOJA, 31 Disember 2025 – Thailand membebaskan 18 anggota Kemboja pada 31 Disember 2025 selepas dalam tahanan selama lima bulan, sebagai langkah penting dalam memenuhi perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani pada 27 Disember 2025 oleh Menteri Pertahanan kedua-dua negara. Penyerahan tersebut berlangsung di pos sempadan antara wilayah Chanthaburi Thailand dan Wilayah Pailin Kemboja, di bawah pengawasan Pasukan Pemerhati ASEAN, bagi memastikan ketelusan dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa. Mejar (U) Pg Azim bin Pg Idris, wakil Negara Brunei Darussalam dalam Pasukan Pemerhati ASEAN, hadir bagi menyaksikan pembebasan tersebut. Langkah ini menekankan peranan penting Negara Brunei Darussalam dalam komitmennya untuk menegakkan keamanan serantau dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Kementerian Pertahanan Kemboja menyatakan langkah tersebut sebagai “demonstrasi bagi niat baik yang mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keamanan, kestabilan, dan normalisasi penuh hubungan demi manfaat kedua-dua negara dan rakyatnya." Manakala, Kementerian Luar Negeri Thailand menyatakan pemulangan tersebut mematuhi peruntukan Konvensyen Geneva, disaksikan oleh pihak Red Cross dan memastikan semua tahanan dilindungi semasa tempoh penahanan mereka selama 155 hari.Pembebasan ini menghapuskan halangan utama berikutan dua pusingan pertempuran yang telah menjejaskan berhubung tuntutan wilayah yang bersaing.