NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, 10 Januari 2026 – Hujan lebat berpanjangan yang melanda Negara Brunei Darussalam, berserta fenomena air pasang, telah menyebabkan beberapa kawasan rendah di negara ini dilanda banjir, sekali gus menjejaskan kelancaran pergerakan penduduk serta operasi beberapa fasiliti awam di negara ini.
Sehubungan itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diaturgerak bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan bersama agensi-agensi berkaitan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir tersebut. Operasi bantuan ini telah dilaksanakan pada 9 dan 10 Januari 2026 sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan ABDB dalam membantu rakyat dan negara ketika menghadapi situasi kecemasan.

Antara bantuan yang disalurkan termasuk penyediaan bantuan pengangkutan bagi penduduk yang terjejas di Kampong Panchong ke Kg Benutan, Daerah Tutong berikutan laluan perjalanan yang tidak dapat dilalui akibat banjir. Bantuan tersebut melibatkan penghantaran 33 set catuan berisi beras, makanan dalam tin, dan keperluan kebersihan. Bantuan ini ditujukan kepada penduduk Kampung Rambai, Kuala Ungar, Sulap Samat, dan Benutan serta diselaraskan bersama Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan agensi seperti JAPEM. Selain itu, ABDB turut mengerahkan anggotanya bagi menghantar peralatan pencegahan kemasukan air ke bangunan serta melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan air banjir di Hospital Suri Seri Begawan, Daerah Belait bagi memastikan kelangsungan operasi serta keselamatan fasiliti kesihatan tersebut.
Operasi bantuan ini telah dilaksanakan oleh Platun Civilian-Military Cooperation (CIMIC) yang bertugas daripada Batalion Kedua dan Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei. Penglibatan pasukan ini mencerminkan tahap kesiapsiagaan, profesionalisme dan keupayaan ABDB dalam melaksanakan operasi bantuan bencana secara berkesan dan terkoordinasi.
ABDB akan terus bekerjasama rapat dengan pihak agensi-agensi berkaitan dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tambahan sekiranya keadaan memerlukan.

ROYAL BRUNEI ARMED FORCES ACTIVELY PROVIDES FLOOD RELIEF ASSISTANCE IN AFFECTED AREAS
BRUNEI DARUSSALAM, 10 January 2026 – Prolonged heavy rainfall in Brunei Darussalam, coupled with high tide conditions, has caused flooding in several low-lying areas, disrupting the movement of residents and the operations of several public facilities.
In response, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were deployed to provide humanitarian assistance in collaboration with relevant agencies to support residents affected by the floods. The relief operations were conducted on 9 and 10 January 2026 as part of the RBAF's continued commitment to assisting the people and the nation during emergency situations.
Among the assistance provided was transportation support for affected residents from Kampong Panchong to Kampong Benutan in Tutong District, following the inundation of access routes due to flooding. The operation also involved the delivery of 33 ration sets containing rice, canned food, and hygiene supplies to residents in Kampong Rambai, Kuala Ungar, Sulap Samat, and Benutan, coordinated with the mukim penghulu, village heads, and agencies such as JAPEM.

Additionally, RBAF personnel were deployed to deliver flood prevention equipment and conduct water removal operations at Suri Seri Begawan Hospital in Belait District to ensure the continuity of operations and the safety of the healthcare facility.
The relief operations were carried out by the Civilian-Military Cooperation (CIMIC) Platoon, comprising personnel from the 2nd Battalion and 3rd Battalion of the Royal Brunei Land Force. Their involvement demonstrates the RBAF's high level of readiness, professionalism, and capability in executing disaster relief operations in an effective and coordinated manner. The RBAF will continue to work closely with relevant agencies and remain ready to provide additional assistance should the situation require.

