BERAKAS GARISON, Sabtu, 10 Januari 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat sempena Hari Ulang Tahun (HUT) AB ABDB yang ke-18 bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah AB ABDB, dan isteri. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai AB ABDB bersama pasangan masing-masing.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan makan malam. Pemerintah AB ABDB kemudiannya menyampaikan ucapan yangmana beliau mengongsikan pencapaian dan perkembangan AB ABDB yang seiring dengan keperluan sekuriti negara. Di samping itu, AB ABDB telah membuktikan keupayaan dalam melaksanakan operasi bersepadu, misi kemanusiaan dan pengaman di peringkat serantau dan antarabangsa. Beliau juga mengongsikan peranan AB ABDB dalam diplomasi pertahanan di bawah ASEAN Defence Minister's Meeting yang mana salah satunya adalah menganjurkan ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus Experts' Working Group on Peacekeeping Operations (EWG-PKO) dengan jayanya. Selain itu, AB ABDB juga menjalin kerjasama strategik melalui latihan seperti Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) bersama Amerika Syarikat dan Indo-Pacific Endeavour (IPE) bersama Australia.
Menjelang tahun 2026, Pemerintah AB ABDB menyeru warga AB ABDB untuk terus mengekalkan disiplin, integriti dan semangat kerjasama dalam menggalas tanggungjawab mempertahankan keamanan negara. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada suami dan isteri pegawai-pegawai AB ABDB atas sokongan yang berterusan dan kehadiran mereka serta semua pihak yang telah menjayakan majlis tersebut.
Majlis dimeriahkan dengan iringan muzik daripada Pasukan Pancaragam ABDB, Platun Pancaragam Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dan Platun Serunai dan Tambur Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB) dan seterusnya diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.
Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan sambutan HUT AB ABDB yang ke-18, tetapi juga memupuk hubungan yang lebih erat dan semangat perpaduan.
REGIMENTAL DINNER NIGHT IN CONJUCTION WITH 18th ANNIVERSARY OF THE JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES.
BERAKAS GARISSON, Saturday, 10 January 2026 - The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) held an Officers' Regimental Dinner in conjunction with its 18th Anniversary at the Officers' Mess, Berakas Garrison. Present as the Guest of Honour was Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, JF RBAF Commander, accompanied by his spouse. Also in attendance were Senior Officers and Officers of the Joint Force with their respective spouses.

The event commenced with a photo session, followed by the recitation of Doa Selamat and dinner. The JF RBAF Commander then delivered his speech by highlighting the achievements and developments of the Joint Force since its establishment. He emphasised JF RBAF's role in aligning with the nation's security requirements as well as demonstrating its capabilities in conducting joint operations, humanitarian missions, and peacekeeping engagements both regionally and internationally. He also highlighted the role of the Joint Force in defence diplomacy under the ASEAN Defence Ministers' Meeting framework, including its success in hosting the ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus Experts' Working Group on Peacekeeping Operations (EWG-PKO). In addition, the JF RBAF continues to strengthen strategic cooperation through exercises such as Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) with the United States and Indo-Pacific Endeavour (IPE) with Australia.

As 2026 begins, the JF Commander called upon all members of the JF to uphold discipline, integrity, and teamwork in fulfilling their duty to safeguard the peace and security of the nation. He also conveyed appreciation to the spouses of JF officers for their continuous support and presence as well as thanked all those who contributed to the success of the event.
The evening was enlivened by musical performances from the RBAF Band, the 1st Battalion Royal Brunei Land Force Band (RBLF) Platoon, and the 2nd Battalion RBLF Pipes and Drums Platoon. The ceremony concluded with the signing of a commemorative parchment.
The event not only signifies the 18th anniversary of JF RBAF, but also fostering stronger relationship and camaraderie.





