Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ABDB MENGHULURKAN BANTUAN KEATAS INISIATIF PENGUKUHAN TANAH DI TAPAK PERKUBURAN KAMPONG SINAUT

KAMPONG SINAUT, Selasa, 13 Januari 2026 – Hujan lebat berterusan yang melanda Negara Brunei Darussalam pada minggu lepas telah mengakibatkan kejadian banjir serta tanah susur di beberapa kawasan. Antara lokasi yang terjejas ialah tapak perkuburan Kampong Sinaut, yang mengalami kejadian tanah runtuh dan berisiko terhadap hakisan berlanjutan sekiranya tidak ditangani dengan segera.

Sehubungan dengan itu, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (National Disaster Management Centre) telah melaksanakan satu inisiatif bagi mengukuhkan semula struktur tanah serta mengurangkan risiko hakisan di kawasan terjejas tersebut, demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.


Dalam pada masa yang sama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut terlibat dalam menghulurkan dan melancarkan pelaksanaan inisiatif berkenaan dengan megkerahkan Platun Civil-Military Cooperation (CIMIC) dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dalam memberikan bantuan tenaga kerja di lokasi kejadian. Bantuan yang disalurkan oleh ABDB merangkumi kerja-kerja penambahan serta pemadatan tanah di kawasan tanah runtuh bagi memperkukuhkan semula struktur tanah dan mencegah kejadian susulan.

Inisiatif ini turut dilaksanakan melalui kerjasama erat bersama District Disaster Management Committee (DDMC) serta Majlis Perundingan Kampong (MPK) Kampong Sinaut, mencerminkan pendekatan bersepadu antara agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan komuniti setempat dalam pengurusan bencana.

Penglibatan ABDB dalam usaha ini sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha kerajaan bagi menangani situasi kecemasan, di samping memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

 
RBAF PROVIDES ASSISTANCE FOR LAND REINFORCEMENT INITIATIVE AT KAMPONG SINAUT CEMETERY

KAMPONG SINAUT, Tuesday, 13 January 2026 – Continuous heavy rainfall that affected Brunei Darussalam last week resulted in flooding and landslides in several areas.
One of the affected areas was the Kampong Sinaut cemetery, which has already been hit by a landslide and remains at risk of further soil erosion unless urgent mitigation work is carried out

In response, the National Disaster Management Centre (NDMC) implemented an initiative to reinforce the soil structure and reduce the risk of erosion in the affected area, with the aim of safeguarding public safety and well-being.
At the same time, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were involved in providing assistance and facilitating the implementation of the initiative by deploying a Civil-Military Cooperation (CIMIC) Platoon from the Second Battalion of the Royal Brunei Land Forces (RBLF) to provide manpower assistance at the site. The assistance rendered by the RBAF included soil filling and compaction works in the landslide-affected area to strengthen the soil structure and prevent further incidents.


The initiative was carried out through close collaboration with the District Disaster Management Committee (DDMC) and the Kampong Sinaut Village Consultative Council, reflecting an integrated approach between government agencies, security forces, and the local community in disaster management.

The involvement of the RBAF in this effort further demonstrates its continued commitment to supporting government initiatives in addressing emergency situations, while ensuring that the safety and well-being of the public remain a top priority.