Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (AB ABDB) MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM DAN BACAAN DOA TAHLIL SEMPENA HARI ULANG TAHUN AB ABDB KE-18

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 09 Januari 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah melaksanakan kempen kebersihan tanah perkuburan di Kampong Batu Marang yang diketuai oleh Pegawai Waran 1 Mohammad Shukardzy bin Hj Moksin, Ketua Kerani Sel J6 AB ABDB. Kempen ini sebahagian daripada program jangkauan sempena Hari Ulang Tahun AB ABDB yang ke-18.

Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Pengiran Hamzah bin Pengiran Ahmad Damit, Pegawai Turus J1, AB ABDB, ahli keluarga anggota AB ABDB yang telah meninggal dunia serta warga AB ABDB.

Acara dimulakan dengan kempen kebersihan di tanah perkuburan Kampong Batu Marang. Acara diteruskan dengan Bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta penyampaian tazkirah bertajuk 'Menziarahi Kubur' oleh Lkpl Hafizuddin bin Mohd Zaini daripada Jabatanarah Agama ABDB di Masjid Batu Marang. Anggota AB ABDB menyambut baik inisiatif yang bermakna ini sebagai peluang untuk menghormati dan mengenang bekas anggota AB ABDB yang telah kembali ke Rahmatullah.

Pelaksanaan program ini sejajar dengan komitmen AB ABDB dalam memperkasakan pembangunan rohani dan mempereratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggotanya. Di samping itu, program ini juga bertujuan memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat, selaras dengan nilai kebajikan dan ihsan yang menjadi asas kekuatan AB ABDB dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.



 
JOINT FORCE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES (JF RBAF) COMMENCE CEMETERY CLEANING CAMPAIGN IN CONJUCTION WITH 18th ANNIVERSARY OF THE JF RBAF
 

BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 09 January 2026 - The Joint Force Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) conducted a Cemetery Cleaning Campaign at Kampong Batu Marang led by Warrant Officer 1 Mohammad Shukardzy bin Hj Moksin, Chief Clerk J6 JF RBAF. The cleaning campaign is part of its Community Outreach Programme in conjunction with the JF RBAF 18th Anniversary.

In attendance was Lieutenant Colonel Pengiran Hamzah bin Pengiran Ahmad Damit, Staff Officer Grade 1, J1, JF RBAF. Also present were family members of the late JF RBAF members and personnel from JF RBAF. 

The event commenced with a cleaning campaign at the Batu Marang Cemetery and proceeded with the recitation of Surah Yassin and Tahlil, as well as a Tazkirah titled 'Menziarahi Kubur' delivered by Lance Corporal Hafizuddin bin Mohd Zaini from the RBAF's Religious Department at the Batu Marang Mosque. JF RBAF personnel embraced this meaningful initiative as an opportunity to honour and remember former JF RBAF members who have passed away.

This initiative underscores JF RBAF commitment to fostering spiritual development, strengthening camaraderie among its personnel, and reinforcing a culture of giving back to society. The programme serves as a testament to JF RBAF dedication to upholding values of compassion and service, in alignment with its broader responsibilities to religion, people, and nation.