LUBNAN, Khamis, 15 Januari 2026 – Sebagai lambang kesatuan umat Islam serta manifestasi kesetiaan kepada Raja dan Negara, Majlis Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan doa khas telah diadakan secara serentak di kesemua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh Negara Brunei Darussalam bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan serta kesihatan yang berpanjangan.
Seiring dengan penganjuran majlis tersebut di tanah air, anggota kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13 yang beragama Islam, yang sedang melaksanakan misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) turut bersatu hati menzahirkan doa dan munajat. Kontinjen MALBATT 850-13 yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan doa khas secara berjemaah bertempat di Masjid Kawkaba, Kem Marakah dan Masjid Al Mujahadah, Kem Tibnine, Selatan Lubnan.
Turut hadir ialah Komander MALBATT 850-13, Kolonel Haji Mohd Rizwan bin Abdullah, bersama Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota MALBATT 850-13. Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib secara berjemaah, disusuli dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin serta doa khas.
Penganjuran majlis ini mencerminkan keutuhan ukhuwah Islamiah serta kesepaduan kerjasama antara ATM dan ABDB, yang bukan sahaja terjalin dalam pelaksanaan tugas dan operasi ketenteraan, malah turut dizahirkan melalui kesatuan rohani dan doa bersama. Walaupun sedang melaksanakan amanah di luar negara, warga kontinjen MALBATT 850-13 tetap tidak lupa menzahirkan sokongan, doa dan kesetiaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, agar Baginda sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala.

LEBANON, Thursday, 15 January 2026 – As a symbol of Muslim unity and a manifestation of loyalty to the Monarch and Nation, Sunat Hajat prayers, recitation of Surah Yasin, and special supplication were held simultaneously across all mosques, suraus, and prayer halls throughout Brunei Darussalam. The event aimed to seek Allah Subhanahu Wata'ala's divine blessings for the well-being, recovery, and good health of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
In solidarity with the religious event held in Brunei, Muslim members of the Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13, currently carrying out the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeeping mission, also joined in prayer and supplication. The MALBATT 850-13 contingent, comprising personnel from the Malaysian Armed Forces (MAF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), conducted the Sunat Hajat prayers, recitation of Surah Yasin, and special supplication in congregation at Kawkaba Mosque, Camp Marakah, and Al Mujahadah Mosque, Camp Tibnine, in southern Lebanon.
Present at the event was the Commander of MALBATT 850-13, Colonel Haji Mohd Rizwan bin Abdullah, along with senior officers, officers, and members of the MALBATT 850-13 contingent. The programme began with the congregational Maghrib prayer, followed by the Sunat Hajat prayer the recitation of Surah Yasin, and a special supplication.
The ceremony reflects the strength of Islamic brotherhood and the spirit of cooperation between the MAF and RBAF, which extends beyond military duties and operations to include spiritual unity and shared prayers. Despite being entrusted with responsibilities abroad, members of MALBATT 850-13 remain steadfast in expressing their support, prayers, and loyalty to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, seeking Allah Subhanahu Wata'ala's protection and continuous blessings upon His Majesty.


