Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LETTER OF CREDENCE PRESENTATION FOR WARRANT OFFICERS AND PROMOTION CEREMONY FOR SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS AND JUNIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS OF JOINT FORCE, ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

​BOLKIAH GARRISON, Friday, 16 January 2026 – The Joint Force of the Royal Brunei Armed Forces (JF RBAF) held a Letter of Credence presentation ceremony for Warrant Officers and a Promotion Ceremony for Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) held at the New Gymnasium, Bolkiah Garrison. A total of six (6) SNCOs received the Letter of Credence, while eleven (11) personnel comprising of six (6) SNCOs and five (5) JNCOs were promoted.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the Letter of Credence presentation and proceeded with the presentation of ranks by Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, JF Commander, RBAF.

Also in attendance were the members of the JF Executive Board, Senior Officers, JF Sergeant Major, as well as families of the promoted personnel. The ceremony concluded with the recitation of Doa and a group photography session.

The members of the JF RBAF extend its heartfelt congratulations to the personnel who received their Letter of Credence and have been promoted, as a recognition and appreciation of their service, as well as expressing gratitude to the families for their support in assisting the personnel in carrying out their entrusted duties.​













MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL WATIKAH PEGAWAI WARAN DAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN DAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH RENDAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 16 Januari 2026 – Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Watikah kepada Pegawai Waran dan Kenaikan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB Rendah bertempat di Dewan Gerak Badan Baru, Bolkiah Garison. Seramai enam (6) PTB Kanan menerima sijil watikah perlantikan manakala, sebelas (11) anggota telah dinaikkan pangkat yang terdiri daripada enam (6) PTB Kanan dan lima (5) PTB Rendah.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian Sijil Watikah Perlantikan, dan disusuli dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah AB ABDB.

Turut hadir ialah Ahli Badan Eksekutif AB ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Sarjan Mejar AB serta ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa, diikuti dengan sesi bergambar ramai dan mendatangani lembaran kenangan.

Seluruh barisan Angkatan Bersama merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang telah menerima Sijil Watikah Perlantikan serta anggota-anggota dinaikkan pangkat, yang merupakan penghargaan dan pengiktirafan atas khidmat yang disumbangkan, serta ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli keluarga atas sokongan yang diberikan kepada mereka dalam menggalas tugas yang diamanahkan.